Saturday, 25 February 2012

Tip Kasih Sayang Menurut Islam


Daripada Anas b. Malik, daripada Nabi S.A.W telah bersabda: 

"Seseorang kamu tidak beriman masih tidak sempurna Iman sehingga Allah dan Rasul-NYA lebih disayanginya dicintainya daripada apa yang selain kedua-dua Allah dan Rasul-NYA..."

Rasa cinta pasti hadir dalam diri manusia. Rasa cinta menjadi isyarat mengeratkan hubungan dalam kehidupan sama ada dengan Allah, Rasul dan kalanga manusia.

Rasulullah memberi pesanan dan panduan kepada umatnya yang bercinta.
Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik RA, pelayan baginda Rasulullah SAW berkata:

"Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hargailah rasa cinta hadiah daripada illahi. Islam juga memberikan tip kasih sayang yang dapat diamalkan umatnya dalam melahirkan rasa cinta:

1. Cintai Allah dan Rasulullah melebihi makhluk...
2.Cintailah makluk dengan penuh persediaan dan matlamat...
3.Perasaan cinta perlu selari dengan kehendak Islam dan tidak melanggar batas agama...
4.Jauhi cinta ke arah maksiat...
5.Sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan orang lain...
6.Hadiri majlis ilmu...
7.Berikan hadiah yang bermanfaat...
8.Binalah Cinta yang hebat sudah pasti bahagia dunia dan akhirat....



Friday, 3 February 2012

Allahuakbar


Demi Allah, seandainya JENAZAH yang sedang kamu tangisi boleh BERBICARA, lalu menceritakan (PENGALAMAN SAKARATUL MAUTNYA) pada kamu sekalian, nescaya kamu akan MELUPAKAN jenazah tersebut dan mulai MENANGISI DIRIMU SENDIRI..” 
(Imam Al-Ghazali)

terima kasih


·٠•●❤ Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu kerana dia telah membuat hatimu kuat. Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana. Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu kerana dia yang mengasah kesabaranmu. Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..❤●•

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba...







Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
.